SEKAPUR SIREH

Asssalamualaikum.

Terima kasih kepada semua yang sudi memberikan sokongan yang kuat kepada saya. Semua sokongan anda ini akan saya jadikan motivasi kepada diri untuk terus tabah dan pemberi semangat untuk saya terus berbakti kepada semua peduduk kawasan Dewan Undangan Negeri Behrang.

Jika tuan-tuan dan puan-puan mempunyai masalah boleh terus berjumpa saya di kawasan ataupun pejabat saya. Saya akan berusaha untuk menyelesaikan segala permasalahan yang ada.

Segala maklumbalas dan juga cadangan boleh juga di hantar melalui blog ini.

Sekian
Jamaluddin Mohd Radzi

Rabu, 10 Disember 2008

PERAYAAN AGROFEST 2008 SATU PELABURAN BESAR KERAJAAN NEGERI – MB PERAK


SUNGAI SIPUT, 26 NOVEMBER 08– Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, pemeran dan festival sempena Sambutan Agrofest 2008 adalah usaha murni kerajaan negeri bagi menarik ramai pengunjung dalam dan luar negara untuk turut datang berbelanja di sini di samping menimba pelbagai ilmu perniagaan.


“Perayaan Agrofest 2008 ini merupakan satu pelaburan besar kerajaan negeri ke arah menjana ekonomi pertanian berlipat ganda, jika ia dimanfaatkan sebaik mungkin oleh Peladang, Penternak dan Nelayan,” jelasnya semasa menyampaikan ucapan Perasmian Agrofest, Hari Peladang, Penternak dan Nelayan 2008 Peringkat Negeri Perak.


Tambahnya lagi, kerajaan negeri yang menyedari hakikat itu mengambil langkah awal dengan menganjurkan Klinik Bimbingan Usahawan bagi memberi peluang kepada para graduan dan bakal-bakal usahawan untuk didedahkan dengan bidang keusahawanan industri asastani.
Hadir sama di majlis itu, YB Encik Jamaluddin Mohd Radzi, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan Koperasi, Pertanian dan Perladangan Negeri Perak, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri serta ketua-ketua jabatan.


Lebih dari 200 penyertaan daripada semua sektor pertanian termasuk Agro Pelancongan dari agensi kerajaan, sektor swasta serta pelbagai hasil keluaran usahawan Industri Asas Tani yang mempamerkan kejayaan produk dan teknologi masing-masing. Agrofest yang berakhir pada 30 Disember 2008 dijangka menarik pengunjung melebihi 30 ribu orang.

Tiada ulasan: